Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Diterbitkan Oktober 4, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Google Home syarikat pesaing kepada Amazon Echo kini boleh mula dibeli secara pra-tempahan. Ia akan dijual pada harga ~RM530 dan lebih murah berbanding peranti keluaran Amazon. Pembeli di Amerika Syarikat boleh mula menempah peranti itu hari ini dan penghantaran akan bermula pada 4 November. Menurut laman The Verge yang mencuba peranti itu, Google Home dilihat lebih pintar daripada Siri dan lebih tepat berbanding Alexa.

Apa yang menarik tentang Google Home ialah sesentuh-sensitif yang boleh digunakan untuk mengubah volume dan pause ketika dimainkan. Peranti ini mempunyai 3 speaker yang dipanggil sebagai “extrusion speaker”. Secara keseluruhannya, kualiti bunyi yang dihasilkan lebih baik daripada Echo. Dikemaskan dengan warna putih Google Home diilhamkan dari peralatan rumah seperti lilin dan gelas minuman. Gril di bahagian bawah boleh dibuka dan diganti dengan gril yang beraneka warna.

Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Peranti keluaran Google ini akan berfungsi bersama Youtube Music dan Google Play Music, dan juga didatangkan dengan servis Youtube Red secara percuma selama 6 bulan. Jika anda tidak menggemari servis musik dari Google anda juga boleh menggunakan Home bersama servis musik lain seperti Spotify, Pandora, iHeartRadio, TuneIn. Home juga berfungsi sebagai penerima Audio Chromecast dimana anda mampu memasang lagu pada setiap peranti yang bersambung dengan Chromecast seperti TV dan speaker. Ini bermaksud anda boleh memainkan lagu pada bilik yang berlainan pada masa yang sama.

Pada masa sekarang, terdapat banyak peranti yang bertindak balas selepas mendengar arahan suara “Ok, Google”. Matlamat utama syarikat enjin carian itu adalah menggunakan gajet terbaru mereka ini untuk mengenal pasti peranti mana yang paling hampir dengan anda. Tidak seperti Echo yang mempunyai 7 mikrofon, Home hanya memiliki dua buah mikrofon untuk menerima arahan. Walaupunbegitu ia berupaya mengesan secara tepat kedudukan speaker dan apa jua peranti Apple yang hampir dengan anda seperti contoh telefon pintar dan jam tangan pintar.

Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Google Home Mula Dipasarkan November Ini, Lebih Murah Dari Amazon Echo

Buat masa ini, Google menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat servis lain. Anda boleh menggunakan ia untuk menelefon Uber atau memainkan lagu pada Spotify. Google menyatakan API untuk aplikasi pihak ketiga akan ditambah tidak lama lagi. Dari segi ini, Amazon Alexa dilihat lebih kehadapan kerana peranti itu berintegrasi dengan lebih 3000 servis yang lain. Pada masa hadapan, Google mensasarkan gajet mereka ini akan berfungsi sebagai hub kawalan dan arahan untuk kebanyakkan peranti pintar. Ketika ini, gajet ini boleh digunakan pada mentol Hue, SmartThings, dan peranti Nes. Intergrasi dengan Sonos dijangka berfungsi tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY