Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-25 at 1.57.47 PM

Gambaran Lebih Dekat Lubang Pada Panel Hadapan Samsung Galaxy A8s

Diterbitkan November 25, 2018 · Dikemas kini November 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Peminat peranti pintar mudah alih dari Samsung pastinya sudah maklum dengan perkhabaran skrin bertakuk yang dijangka hadir pada model-model akan datang.

Awal November lalu, Samsung selesai memperkenalkan 4 jenis panel paparan iaitu Infinity-U, Infinity-V, Infinity-O dan juga New Infinity yang bebas takuk.

Gambaran Lebih Dekat Lubang Pada Panel Hadapan Samsung Galaxy A8s

Antara peranti terawal yang digembar-gemburkan bakal tampil dengan panel hadapan ini ialah Samsung Galaxy A8s. Khabar angin awal, model itu didakwa akan dipasang dengan paparan takuk dari jenis Infinity-U.

Kini, satu lagi siri bocoran telah berlegar diinternet yang mana ia menyatakan Galaxy A8s akan menggunakan Infinity-O, tidak seperti takuk tetapi lebih kepada “lubang”.

It may be the world’s first hole in the screen smartphone: Galaxy A8s pic.twitter.com/dBQfgUXed2

— Ice universe (@UniverseIce) November 24, 2018

Memetik dari Twitter @UniverseIce, paparan Infinity-O mungkin skrin paparan berlubang pertama didunia dan dijangka ia dipasang pada Galaxy A8s.

Buat masa sekarang, spesifikasi ramalan Galaxy A8s adalah Snapdragon 660, 670 atau 675 dan gandingan memori RAM 6GB serta storan 128GB.

Sumber: Ice Universe via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY