Panel Skrin Ini Mungkin Milik Samsung Galaxy A8s, Ada Takuk

Semua sudah maklum rata-rata telefon pintar yang dilancarkan kini memiliki takuk pada skrin. Walaupun sudah mengelak rekaan tersebut sejak sekian lama, Samsung bakal mengikut jejak langkah pengeluar lain sepertimana yang telah diberitakan sebelum ini.



Khabar angin terbaru diinternet kini mendakwa foto dibawah merupakan panel hadapan bagi Galaxy A8s. Takuknya dilihat lebih kecil berbanding apa yang dibawakan pada model OPPO dan Vivo hari ini.



Model tersebut dikatakan mungkin dikuasakan antara Snapdragon 660, Snapdragon 670 atau Snapdragon 675. Dibahagian memori pula mungkin dipasang dengan RAM 6GB dan storan dalaman sebesar 128GB.

Samsung Galaxy A8s turut dikhabarkan hanya eksklusif untuk pasaran China sahaja. Perkara ini masih belum disahkan mana-mana pihak dan sama-sama kita nantikannya.

Sumber: ITHome