Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Throwback Disangka Langgar Perintah Berkurung, Pasangan Ini Disaman $3000

Gambar Throwback Disangka Langgar Perintah Berkurung, Pasangan Ini Disaman $3000

Diterbitkan April 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Bukan sahaja di Malaysia, hampir sebahagian besar negara diluar sana sedang melaksanakan arahan supaya rakyat kekal berada di rumah. Sudah pasti kita mempunyai banyak masa yang terluang dan ia diisi dengan penggunaan media sosial dan lain-lain.

Bagi segelintir daripada kita mungkin merindui saat keluar bercuti dan mengenang kembali gambar-gambar lama lalu dikongsikan ke media sosial. Itulah yang dilakukan oleh pasangan dari Australia, Jaz dan Garry Mott.

Gambar Throwback Disangka Langgar Perintah Berkurung, Pasangan Ini Disaman 00

Malangnya gambar throwback tersebut disalah ertikan sebagai melanggar perintah berkurung negara tersebut, lalu polis tampil menyaman mereka dengan nilai $3000.

Pihak berkuasa menyangka gambar tersebut diambil ketika perintah berkurung dikuatkuasakan namun ia hanyalah gambar tahun lalu. Isu ini kemudiannya menimbulkan persoalan bagaimana situasi tersebut ditangani.

Pihak polis tersebut juga menegaskan bahawa mereka tidak memantau media sosial sebaliknya bertindak atas laporan yang dibuat. Difahamkan juga polis Australia ada menggunakan Clearview AI, namun pihak berkuasa tersebut menafikan perkara itu.

Pasangan tersebut menyatakan kepada Daily Mail bahawa mereka tidak lagi dibenarkan untuk berkongsi sebarang gambar sepanjang perintah berkurung dilaksanakan.

Sumber: Daily Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY