Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kotak xiaomi 12T

Gambar Kotak Bungkusan Xiaomi 12T Tertiris, Perlihat Spesifikasi Utama

Diterbitkan September 30, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Xiaomi baru-baru ini mengumumkan pelancaran global siri Xiaomi 12T akan berlangsung pada 4 Oktober nanti.

Terkini, pemilik akaun @sudhanshu1414 melalui ciapan di Twitter telah mendedahkan gambar kotak pembelian bagi salah satu daripada peranti dalam siri tersebut.

Berkaitan

  • Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Poster Tertiris, Tarikh Perasmian Xiaomi 12T Didedahkan
  • Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP

Melalui kotak bungkusan Xiaomi 12T yang tertiris, ia mengesahkan kandungan yang akan dimuatkan dalam kotak termasuk pengecas 120W berserta kabel USB-C, sarung pelindung, kad waranti dan sebagainya. Imej yang dimuat naik turut mendedahkan Xiaomi 12T akan dilengkapi sokongan kamera 108MP, selain varian 8GB RAM dan 128GB storan dalaman, serta sokongan 5G.

Here's the Xiaomi 12T Series retail box.
-White colored box with golden accent fonts
-120W Adapter & USB-A to USB-C cable provided in the box itself pic.twitter.com/76q0IIBikF

— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) September 29, 2022

Dengan maklumat yang tertiris ini, sudah hampir pasti sokongan kamera 200MP yang disahkan Xiaomi sebelum ini hanya akan ditawarkan untuk versi lebih mahal dalam siri berkenaan, iaitu Xiaomi 12T Pro.

Sehingga itu, nantikan maklumat rasmi dalam acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2022.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY