Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Bulan S23 Ultra Didakwa Palsu, Ini Jawapan Samsung

Gambar Bulan S23 Ultra Didakwa Palsu, Ini Jawapan Samsung

Diterbitkan Mac 16, 2023 ยท Dikemas kini Mac 16, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lalu, timbul kontroversi yang mendakwa bahawa gambar bulan daripada ciri Space Zoom S23 Ultra telah digantikan dengan imej bulan beresolusi tinggi melalui proses pintar.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy S23 Ultra: Hampir Sempurna Jadi Raja Android
  • Samsung Selesa Berada Di Puncak 'Liga' Pasaran Telefon Boleh Lipat Pada Tahun 2022
  • Pengguna Reddit Dakwa Gambar Bulan Samsung Galaxy S23 Ultra Palsu

Terbaharu, Samsung telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab kontroversi itu. Menerusi kenyataan kepada Tom’s Guide, Samsung menyatakan,

When a user takes a photo of the Moon, the AI-based scene optimization technology recognizes the Moon as the main object and takes multiple shots for multi-frame composition, after which AI enhances the details of the image quality and colors. It does not apply any image overlaying to the photo.

Gergasi teknologi dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa ia tidak menindih (overlay) mana-mana imej pada gambar bulan yang dirakam.

Boleh nyahaktifkan Scene Optimizer

Sebagai tambahan, Samsung turut menjelaskan bahawa pengguna boleh menyahaktifkan Scene Optimizer berasaskan AI, jika tidak mahu peningkatan perincian automatik pada gambar yang diambil.

Bahasa mudahnya, pembuat Galaxy itu menyatakan bahawa butiran tambahan pada gambar bulan itu sememangnya “detail enhancements” atau perincian yang dipertingkatkan melalui keupayaan pembelajaran mesin (machine learning).

Iklan mengelirukan

Kini, sebahagian pengguna mungkin menganggap keupayaan S23 Ultra merakam imej bulan yang dicanangkan dalam iklan sebelum ini adalah palsu dan tidak seperti yang disangka.

Bagaimanapun, sebahagiannya pula mungkin memahami bahawa mana mungkin kamera kecil yang ada di belakang sebuah telefon pintar mampu merakam imej bulan dengan jelas tanpa bantuan perisian AI.

Sumber: Tom’s Guide

Gambar utama: MKBHD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY