Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Acah Gimbal Terbaru Dari DJI

Gambar Acah Gimbal Terbaru Dari DJI

Diterbitkan Julai 15, 2019 · Dikemas kini Julai 15, 2019 oleh ariff bukhari

Bakal diperkenalkan pada 17 Julai ini.

Syarikat pengeluar dron dan kamera aksi terkemuka dari China, DJI hari ini telah perlihatkan gambar acah gimbal terbaru mereka. Menggunakan ayat bernada pertanyaan “Lighter and Smarter than Ever?“pada gambar acah tersebut seolah memberikan gambaran gimbal yang bakal diperkenaln itu nanti adalah pengganti kepada model gimbal Ronin-S.

DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR
Ronin-S diperkenalkan pada Januari 2018 lalu.

Walaupun dikalangan jurukamera berpendapat Ronin-S adalah antara gimbal terbaik untuk digunakan bersama kamera ‘mirrorless’  dan DSLR, tetapi ia juga adalah antara gimbal paling berat yang ditawarkan kepada pengguna.

Jadi tidak menghairankan, jika ramai pengguna yang sedikit menguluh dan pihak DJI seolah mendengar keluhan pengguna produk mereka.

Jadi, mungkin ini adalah gimbal yang bakal menggantikan Ronin-S yang akan ditawarkan kepada para jurukamera dengan penambahbaikan sepertimana yang dimahukan mereka.

DJI juga turut memuat naik video acah di laman Twitter mereka hari ini.

We're ready for the challenge, are you?https://t.co/hPX8phRc0d pic.twitter.com/yPB5uW7Za9

— DJI (@DJIGlobal) July 15, 2019

Gimbal terbaru ini akan diperkenalkan secara rasminya oleh DJI pada17 Julai ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY