Galaxy S22 Dan Tab S8 Boleh Dipra Tempah Mulai Hari Ini, Boleh 'Trade-In' Dan Dapat Baucar RM800

Samsung sebentar tadi dalam acara Unpack telah merasmikan Galaxy S22, Galaxy S22+, Galaxy S22 Ultra dan siri tablet Galaxy S8.

Galaxy S22 Ultra hadir dengan tiga varian:

  • RM5,099 untuk 8GB + 128GB

  • RM5,499 untuk 12GB + 256GB

  • RM5,899 untuk 12GB + 512GB


Galaxy S22 pula dengan 2 varian:

  • RM3,499 untuk 8GB + 128GB

  • RM3,699 untuk 8GB + 256GB


Manakala Galaxy S22+ pula pun 2 varian:

  • RM4,099 untuk 8GB + 128GB

  • RM4,299 untuk 8GB + 256GB


Siri tablet Galaxy Tab S8 pula hadir dengan tiga versi iaitu:

  • Galaxy Tab S8 pada RM3,299

  • Galaxy Tab S8+ pada RM4,599

  • Galaxy Tab S8 Ultra pada RM5,899.


Berita baik untuk pelanggan di Malaysia, anda boleh mula melakukan pratempah kedua-dua peranti ini di laman web Samsung Malaysia mulai sekarang dengan beberapa tawaran istimewa. Antaranya ialah diskaun sehingga RM200 untuk program Samsung Trade-In melalui aplikasi InstaCash.



Selain itu, pelanggan yang membuat pratempah siri Galaxy S22 dan Tab S8 juga dapat jimat sebanyak 30% untuk Samsung Care+ dan eVoucher sebanyak RM800 untuk pembelian barangan seterusnya.

Samsung Care+ ialah sebuah perkhidmatan di mana Samsung akan membaiki atau menukar alat ganti jika peranti anda jatuh, dimasuki air dan kemalangan lain yang tidak dilindungi dalam waranti biasa selain tempoh yang lebih panjang.



Khas untuk Galaxy S22, pelanggan akan mendapat pelindung telefon silikon dengan strap, Pen Kembar Galaxy X Lamy dan Lucky box.

Bagi siri Galaxy Tab S8 pula, pelanggan akan diberikan pelindung papan kekunci, beg pouch dan 12 bulan langganan Microsoft 365 secara percuma.

Samsung juga mengenakan penghantaran secara percuma untuk semua pelanggan yang melakukan pratempah kedua-dua peranti ini.

Jika anda berminat, anda boleh ke laman sesawang Samsung Malaysia di SINI.

Baca juga: