Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bukan Cip Exynos , Semua Model Dalam Siri Galaxy S22 Dan Galaxy Tab S8 Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Posted on Februari 10, 2022Februari 10, 2022

Pada acara Galaxy Unpacked yang baru berlalu tadi, Samsung telah melancarkan siri Galaxy S22 dan siri Galaxy Tab S8. Dengan pelancaran ini kita dapat mengetahui spesifikasi yang digunakan dan harga untuk setiap model tersebut.

Berdasarkan pelancaran ini, kita dapat tahu bahawa kesemua model dalam Galaxy S22 akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1. Bukan itu sahaja, semua siri Galaxy Tab S8 juga menggunakan cipset tersebut.

Walaupun Samsung sempat melancarkan cip Exynos 2200, agak mengecewakan kita tidak dapat melihat kedua-dua siri ini menggunakan cip tersebut. Menurut jurucakap dari Samsung, mereka tidak menyediakan varian yang menggunakan cip Exynos 2200 adalah kerana kekurangan bekalan cip.

Mungkin ramai pengguna yang mengharapkan cip Exynos 2200 pada siri Galaxy S22 kerana Samsung menggunakan teknologi RDNA 2 daripada AMD dengan sokongan ray-tracing. Lebih-lebih lagi selepas ujian penanda aras Geekbench 5 yang mana prestasi GPU Exynos mengalahkan Snapdragon.

Sudah sah bahawa kedua-dua siri Galaxy S22 dan siri Galaxy Tab S8 pasaran Malaysia akan menggunakan cip Snapdragon sahaja. Jika anda masih mahukan juga varian Exynos 2200, mungkin anda perlu mengimport daripada pasaran luar negara.

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
  • Samsung Galaxy S22 Dan S22+ Bermula RM3,499 – Kamera 50MP Dan Snapdragon 8 Gen 1
  • Siri Samsung Galaxy Tab S8 Rasmi, Tablet Android Dengan Harga Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress