Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung android update

Samsung Sahkan Beri Kemas Kini Android Selama 4 Tahun Untuk Siri Galaxy Andalan Mereka

Diterbitkan Februari 10, 2022 ยท Dikemas kini Februari 11, 2022 oleh Faiz Munir

Samsung kini menjadi syarikat telefon pintar pertama yang menawarkan kemas kini Android yang tampalan keselamatan paling lama buat masa ini. Sebelum ini, Google menjadi syarikat yang menawarkan kemas kini 5 tahun namun ia hanya untuk tampalan sekuriti. Untuk kemaskini Android, iamasih lagi 3 tahun.

Ketika acara Galaxy Unpacked yang berlalu tadi, Samsung mengesahkan ura-ura yang mengatakan siri Galaxy S22 mereka bakal menerima kemas kini Android selama 4 tahun lantas menjadikannya peranti Android yang menerima kemas kini Android paling lama.

Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina

Bukan untuk siri Galaxy S22 sahaja, Samsung turut menyenaraikan beberapa peranti lain mereka yang akan menerima sokongan ini termasuk, siri Galaxy Tab S8, siri Galaxy S21, dan siri Galaxy Z3.

Samsung mengambil langkah ini kerana mereka ingin penggunanya menikmati penggunaan peranti mereka lebih lama disamping mengekalkan kedudukan mereka sebagai pengeluar nombor 1 telefon pintar Android.

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
  • Samsung Galaxy S22 Dan S22+ Bermula RM3,499 – Kamera 50MP Dan Snapdragon 8 Gen 1
  • Siri Samsung Galaxy Tab S8 Rasmi, Tablet Android Dengan Harga Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY