Samsung Galaxy S22 Dan S22+ Bermula RM3,499 - Kamera 50MP Dan Snapdragon 8 Gen 1

Hari ini Samsung telah memperkenalkan generasi baharu telefon andalan Samsung untuk tahun 2022 iaitu Galaxy S22 dan Galaxy S22+. Dengan model lebih terkini, kedua-dua telefon ini membawakan spesifikasi dan juga kamera lebih berkuasa.



Menariknya mengenai S22 dan S22+, ia memperkenalkan rekaan sisi rata baharu mungkin diinspirasikan dari iPhone 12 sebelum ini.

Samsung Galaxy S22


Sebagai model paling kecil, Galaxy S22 hadir dengan skrin 6.1 inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan kadar segar semula adaptif 10-120Hz. Skrinnya juga turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari ultrasonik.



Kamera yang dimuatkan pada siri S22 adalah lebih berkuasa berbanding S21. Kali ini ia menggunakan 50MP utama, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto dan juga swafoto 10MP.

Untuk pasaran Malaysia, yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 1, bukannya Exynos 2200 oleh Samsung sendiri. Ia dipadankan dengan RAM 8GB manakala storan sehingga 256GB.



Bateri agak menyedihkan untuk Galaxy S22 kerana hanya sekecil 3,700mAh berbanding 4,000mAh pada Galaxy S21 tahun lepas. Sementara pengecasan pantas adalah berkuasa 25W dan turut menyokong pengecasan tanpa wayar 15W.

Berikut merupakan harga pasaran untuk Galaxy S22 di Malaysia.

  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB – RM3,499

  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB – RM3,699


Samsung Galaxy S22+


Galaxy S22+ adalah merupakan varian lebih besar memuatkan skrin lebih luas dengan 6.6 inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan kadar segar semula adaptif 10-120Hz. Turut juga terdapat pengimbas cap jari ultrasonik.



Sistem kamera adalah sama sahaja dengan S22 iaitu 50MP utama, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto dan juga swafoto 10MP.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM 8GB sementara storan sehingga 256GB.



Bateri berkapasiti 4,500mAh disumbat dalam S22+ manakala pengecasan pantas menariknya lebih pantas dari S22 iaitu 45W. Pengecasan tanpa wayar juga masih lagi 15W.

Berikut merupakan harga pasaran untuk Galaxy S22 di Malaysia.

  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB – RM4,099

  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB – RM4,299