Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy M2 Dilaporkan Bakal Jadi Model Samsung Yang Pertama Menggunakan Takuk

Galaxy M2 Dilaporkan Bakal Jadi Model Samsung Yang Pertama Menggunakan Takuk

Diterbitkan November 23, 2018 oleh Haikel Areff

Masih lagi dengan M2, namun kali ini berkaitan Samsung pula. Samsung didakwa akan melancarkan model baru dibawah kelas permulaan, Galaxy M2 pada awal tahun hadapan.

Menariknya, model itu dikatakan akan menjadi keluaran pertama Samsung yang hadir dengan rekaan takuk pada skrin. Sekiranya benar, ia sekaligus bakal menandakan berakhirnya slogan ‘tolak takuk’ yang dipegang Samsung selama ini.

Galaxy M2 Dilaporkan Bakal Jadi Model Samsung Yang Pertama Menggunakan Takuk
Kredit: PhoneArena

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan tiga rekaan takuk yang bakal digunakan pada peranti-peranti mereka. Tiga rekaan berkenaan ialah Infinity-O, Infinity V dan Infinity-U. Menurut imej diatas, Galaxy M2 berkemungkinan besar akan menggunakan rekaan Infinity-U.

Baca juga – Telefon Pintar Samsung Selepas Ini Akan Mempunyai Takuk

Galaxy M2 Dilaporkan Bakal Jadi Model Samsung Yang Pertama Menggunakan Takuk
Kredit: PhoneArena

Menurut sumber lagi, Samsung Galaxy M2 ini akan dilengkapi dengan memori 3GB RAM, simpanan dalaman 32GB, kamera utama lensa tunggal 13MP serta kamera swafoto 8MP.

Bagaimanapun, spesifikasi di atas masih lagi belum rasmi dan tiada sebarang maklumat daripada pihak Samsung yang dapat diperolehi setakat ini.

Memandangkan masih berbaki lebih kurang dua bulan sebelum ia dilancarkan, maka mungkin akan ada perubahan dari segi spesifikasi dan ciri pada Samsung Galaxy M2 ini nanti.

 

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY