Telefon Pintar Samsung Selepas Ini Akan Mempunyai Takuk

Sedang syarikat-syarikat lain sudah menggunakan rekaan takuk pada peranti terbaru mereka, Samsung dilihat masih mengekalkan paparan kurang diminati tersebut.

Namun selepas ini, telefon pintar daripada syarikat itu mungkin akan turut mengikut jejak langkah model-model lain dengan pengenalan bukan satu, tetapi tiga rekaan takuk.

Tiga jenis paparan yang diperkenalkan adalah Infinity U, Infinity V dan Infinity O.

  • Infinity U - Ia hampir sama seperti takuk pada Essential Phone

  • Infinity V - Lebih kurang sama seperti Inifinity U tetapi tetapi mempunyai empat sisi.

  • Infinity O - Ini berbeza dari takuk yang lain kerana ia berbentuk bulat pada penjuru dan mungkin paling tidak digemari kebanyakkan pengguna.


Satu lagi jenis paparan adalah New Infinity, ia tidak mempunyai takuk dan Samsung tidak mengulas lanjut mengenainya kerana teknologi masih belum sampai ke tahap yang boleh membangunkan paparan itu.

Sumber: The Verge