Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FTC OpenAI ChatGPT

FTC Perlu Siasat OpenAI Dan Tangguh Pelancaran Model GPT Baharu – CAIDP

Diterbitkan Mac 30, 2023 · Dikemas kini Mac 30, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat telah digesa untuk menyiasat OpenAI kerana didakwa melanggar peraturan perlindungan pengguna. Pusat AI dan Dasar Digital (CAIDP) mendakwa bahawa pelancaran alat penjanaan teks AI oleh syarikat itu adalah “berat sebelah, menipu dan berisiko kepada keselamatan awam.”

Berkaitan

  • Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT
  • Sistem AI "Berisiko Kepada Masyarakat" - Elon Musk, Pakar Gesa Pembangunan Dihentikan Sementara

Aduan yang difailkan oleh CAIDP hari ini adalah lanjutan daripada surat terbuka, yang meminta pembangunan AI yang lebih berkuasa ditangguhkan. Presiden CAIDP Marc Rotenberg adalah salah seorang yang menandatangani surat itu, bersama beberapa penyelidik AI dan pengasas bersama OpenAI Elon Musk.

Sama seperti surat tersebut, aduan yang difailkan ini menggesa untuk memperlahankan pembangunan model AI dan melaksanakan pengawasan kerajaan yang lebih ketat.

CAIDP turut menyatakan potensi ancaman daripada model teks GPT-4 OpenAI, yang diumumkan pada pertengahan Mac. Ia termasuk cara GPT-4 boleh menghasilkan kod berniat jahat, propaganda dan sebagainya. Seterusnya, FTC digesa untuk membuka siasatan bagi OpenAI dan ChatGPT khususnya.

Dalam pada itu, CAIDP turut menggesa FTC untuk menangguhkan sebarang penggunaan komersial model GPT selanjutnya dan memerlukan penilaian bebas bagi model tersebut sebelum sebarang pelancaran pada masa hadapan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY