FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi.

Apa itu G-Sync dan FreeSync?

Dua terma tersebut membawa maksud teknologi monitor yang masing-masing dibangunkan oleh NVIDIA dan AMD bagi menyelesaikan masalah yang sering wujud di dalam monitor yang digunakan dalam aplikasi yang memerlukan penyahkodan yang tinggi seperti games.

Untuk sesi permainan yang intensif, monitor akan mengalami beberapa masalah paparan yang boleh menganggu sesi permainan anda. Masalah seperti screen tearing, input lag dan stuttering sedikit sebanyak mengurangkan konsentrasi pemain semasa di dalam permainan.

Teknologi G-Sync digunakan bersama-sama cip NVIDIA yang diletakkan di dalam monitor itu sendiri manakala FreeSync menggunakan fungsi di dalam kad grafik bagi mengawal kadar refresh monitor melalui protokol Adaptive Sync yang ada di dalam port display.



Screen tearing dan stuttering berlaku apabila berlaku kegelinciran antara bilangan frames yang diberikan oleh kad grafik setiap saat dengan berapa kali monitor itu melakukan kadar refresh setiap saat. Sebagai contoh, setiap kali imej dihantar ke monitor seterusnya dalam proses 'melukis' dan satu imej lagi dihantar dalam masa yang sama, proses 'melukis' tadi terhenti serta merta dan proses 'melukis' untuk imej selepasnya diteruskan. Ini membuatkan hasil keseluruhan yang keluar di monitor tidak siap dan mencacatkan keseluruhan grafik akhir. Semuanya berlaku dalam kiraan masa kurang dari 1ms.


 Prestasi


Terdapat perbezaan prestasi yang disedari oleh pengguna antara kedua-dua teknologi ini. Pengguna mendapati masalah screen tearing dan stuttering boleh dikurangkan dengan FreeSync, satu lagi masalah muncul iaitu ghosting. Ia berlaku apabila objek di dalam skrin bergerak dan meninggalkan sedikit jejak imej tadi menghasilkan efek bayang.

Kesemuanya dikatakan berlaku kerana pengurusan tenaga; terlalu sedikit, imej terhasil mempunyai jarak di antara frames dan jika terlalu banyak boleh menghasilkan ghosting. Semuanya bergantung kepada penyesuaian teknologi refresh dan pengurusan tenaga yang seimbang.

https://youtu.be/-ylLnT2yKyA

G-Sync pula mempunyai masalah kelipan apabila berada di dalam kadar frames rendah tetapi kebanyakkan dapat diselesaikan sendiri oleh G-Sync. Kebanyakkan ulasan dilihat memilih G-Sync berbanding FreeSync yang tidak mempunyai masalah semasa berada di dalam kadar frame rendah.

Kos


Bila bercakap mengenai kos, AMD terbukti memberikan pilihan harga yang lebih rendah kepada pengguna berbanding NVIDIA. Untuk kad grafik AMD bersenibina Polaris atau VEGA, AMD menghasilkan produk yang tidak terlalu membebankan kepada poket pengguna dan dalam masa yang sama kualiti yang dihasilkan juga tidak mengecewakan.

Tetapi berbeza untuk teknologi monitor ini kerana teknologi FreeSync masih lagi tidak memberikan cabaran yang kuat kepada NVIDIA walaupun harga yang ditawarkan lebih murah.

Adaptasi teknologi oleh kedua-dua pengeluar adalah berbeza dan pengeluar monitor perlu membayar sedikit yuran kepada NVIDIA bagi menggunakan teknologi G-Sync di dalam perkakasan mereka dan kemudian menyumbang sedikit ke dalam harga jualan monitor tersebut.

Pengguna tidak boleh menggabungkan kedua-dua teknologi ini bersama dan perlu memilih salah satu daripadanya. Jika NVIDIA, kad grafik NVIDIA yang sesuai bersama-sama monitor G-Sync perlu difikirkan oleh pengguna terlebih dahulu. Untuk AMD, kad grafik paling murah boleh didapati di dalam pasaran yang menyokong fungsi FreeSync adalah R7 260.


Kesimpulan


G-Sync telah wujud lebih lama berbanding FreeSync dan ia merupakan kelebihan kepada NVIDIA yang juga sebagai pendahulu pembuat kad grafik di pasaran. Teknologi tersebut juga telah matang berbanding FreeSync yang muncul lebih lewat dari G-Sync.

AMD perlu bekerja keras bagi mengejar NVIDIA dalam teknologi monitor mereka dan sejarah membuktikan mereka sedang melakukannya di dalam pasaran kad grafik dan cip pemprosesan CPU.

Untuk mereka yang mahukan nilai kepada wang dibelanjakan, jenama NVIDIA dipercayai dapat melakukannya dan untuk yang berbajet rendah, FreeSync juga tidak jauh di belakang dan masih memberikan pengalaman permainan yang lebih baik kepada pengguna.