Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fossil Reka Jam Tangan Pintar Jenama BMW, Mula Dijual Tahun Hadapan

Fossil Reka Jam Tangan Pintar Jenama BMW, Mula Dijual Tahun Hadapan

Diterbitkan Julai 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Fossil dan BMW telah bersetuju menjalin kerjasama dalam menghasilkan jam tangan pintar.

Mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan jam tangan pintar, Fossil dilapor akan mula menjual peranti berjenama BMW itu pada tahun hadapan.

Rekaan serta tarikh sebenar penawaran masih belum dikongsikan oleh kedua-dua syarikat terbabit, tetapi kerjasama itu akan berlangsung sehingga 2023 kelak.

BMW bukanlah pembuat kereta pertama yang memasuki pasaran jam tangan pintar, dimana Ferrari, Aston Martin dan Audi sudahpun menghasilkannya.

Dipihak Fossil pula, BMW merupakan ahli baru dalam “keluarga” mereka selepas mengumumkan akan menghasilkan jam tangan pintar jenama Puma yang dijangka memasuki pasaran pada tahun depan.

Antara nama-nama lain yang pernah bekerjasama dengan Fossil dalam membangunkan jam tangan pintar adalah Diesel, Emporio Armani, Kate Spade dan lain-lain.

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY