Namun, tidak semua orang dikurniakan bakat untuk menjadi pemain dan pengurus sesebuah pasukan bola sepak. Jadi, mereka yang mengimpikan kerjaya sebegini pasti memilih permainan video untuk menterjemahkan mimpi mereka supaya menjadi kenyataan.
Kredit : SEGA/Sport Interactive
Jika PES dan FIFA menjadi kegilaan mereka yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak, mereka yang ingin menjadi pengurus pasukan pula pasti menggilai permainan Football Manager. Permainan yang dibangunkan oleh Sport Interactive buat kali pertama pada tahun 2004 ini telah berjaya menjadi permainan pengurusan sukan nombor satu di dunia buat sekian lama.
Bercakap mengenai itu, permainan yang diperkenalkan secara tahunan itu akan muncul dengan edisi ke-15-nya pada 2 November ini. Apa yang mengejutkan, imej Manager Man yang menghiasi poster permainan sebelum ini tidak lagi digunakan.
Selain daripada itu, setakat ini masih belum ada laporan yang betul-betul meyakinkan berkenaan pembaharuan yang akan dibawa pada Football Manager(FM) 2019 nanti. Ketika ini, FM 2019 ditawarkan pada harga diskaun iaitu RM 125 di pasaran Steam untuk pra-tempahan.
https://youtu.be/66-BT930evI
Kami menjangkakan pihak pembangun permainan ini akan mendedahkan dengan lebih lanjut berkenaan permainan ini semasa acara Gamescon 2018 yang akan diadakan di Jerman pada 21 Ogos-25 Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan.
Sumber
Berkaitan
- Lagi Video Acah Berkenaan Galaxy Note 9 Dikeluarkan Oleh Samsung
- Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G
- Tips & Trick Ambil Gambar Dan Video Cool Guna Telefon Pintar
- Video Konsep OnePlus 7 Tampilkan Kamera Tri-Lensa, Skrin Tebuk
- 5 Permainan Video Pelantar Mudah Alih Yang Semakin Dilupakan
- (Video) Demo Peranti Boleh Lipat Dipertontonkan Kepada Umum Buat Kali Pertama
- Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini
- 5 Permainan Video Lagenda Yang Semakin Dilupakan Pada Hari Ini
- Kemaskini Intagram Stories- Pengguna Dapat Memainkan Semula Video Live Untuk Tempoh 24 Jam
- Video Komponen Apple Watch 2 Tertiris, Dikatakan Mempunyai Bateri Yang Lebih Besar.