Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda KWSP

foodpanda, KWSP Kerjasama Bantu Pekerja Gig Buat Caruman Setiap Bulan

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh Amalina Athman

foodpanda Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), dalam memberi jaminan kewangan dan manfaat kepada rakan penghantar.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu bekal by foodpanda Dan Bezanya Dengan foodpanda Biasa
  • Cara Pindah Dan Keluarkan Wang KWSP Dengan Akaun 3 (Fleksibel) Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut foodpanda, MoU ini akan membolehkan lebih 50,000 pekerja gig sebagai rakan penghantar, untuk mencarum setiap bulan ke akaun KWSP masing-masing melalui program i-Saraan – sebuah program simpanan secara sukarela.

foodpanda dan KWSP juga akan mengadakan ceramah mengenai perancangan persaraan dan kewangan, serta membantu rakan penghantar untuk mendaftar dan menyediakan akaun KWSP mereka.

Bagi tujuan itu, kedua-dua pihak akan menyediakan kaunter pendaftaran di acara rakan penghantar, termasuk pertukaran beg di seluruh negara.

Selain itu, sistem baharu akan dilaksanakan bagi membolehkan pekerja gig memilih untuk sumbangan automatik kepada akaun KWSP mereka, yang difasilitasi oleh foodpanda.

Sumber: Siaran Media foodpanda Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY