Fon Telinga Tanpa Wayar RM199 Daripada Wiko

Setiap kali Wiko hadir memperkenalkan gajet untuk pasaran, kebiasaannya adalah telefon pintar. Namun kali ini, untuk mengembangkan lagi penawaran mereka, Wiko menampilkan sebuah fon telinga tanpa wayar.



Dikenali sebagai WiShake Extra, ia dijual pada tanda harga RM199 untuk pasaran tempatan. Mari ikuti ulasan untuk lihat, apa yang ada pada fon telinga tanpa wayar ini.

Spesifikasi



  • Bluetooth 5.0

  • Bateri

    • Buds - 30mAh

    • Bekas klip - 135mAh

    • Bekas simpanan - 650mAh



  • Pensijilan IPX4 kalis percikan

  • Port pengecasan USB-C


Reka bentuk


Seperti fon telinga tanpa wayar yang lain, WiShake Extra didatangkan bersama bekas pengecas yang agak lebar tetapi tidak terlalu tebal. Peranti ini hanya ditawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu putih.



Menariknya tentang bekas simpanan ini, ia mempunyai port pengecasan USB-C. Jauh berbeza dengan penawaran pada telefon pintar mereka yang kebanyakannya masih dengan Mikro USB.

Dibahagian luar terdapat fungsi LED, memudahkan pengguna mengukur tahap bateri yang masih tinggal. Fon telinga kemas tersimpan didalam bekas juga mudah ditarik keluar. Tidak seperti beberapa fon telinga diluar sana yang mempunyai kedudukan dan bahagian yang leceh untuk dikeluarkan.



Beralih kepada reka bentuk fon telinga, ia kelihatan sedikit pelik dengan tangkai yang agak besar. Diliputi dengan kemasan berwarna kelabu, ia turut disertakan dengan fungsi sentuhan, mikrofon serta pengecasan dibawahnya.



Selain, itu fon telinga ini turut menyertakan juga pengecas berbentuk klip untuk kuasa bateri tambahan. Namun ia hanya memuatkan satu fon telinga kanan sahaja.

Fungsi


Bagi mengaktifkannya, anda perlu tekan sebentar sekitar 5-6 saat pada bahagian tangkai tersebut. Sentuhan sama juga boleh dibuat untuk mematikannya.

Fungsi seperti Pause and Play pula boleh dibuat dengan sentuh 1 kali pada bahagian sama. Sentuh 2 kali untuk bertukar ke muzik seterusnya. Sementara itu, sentuh 3 kali untuk kawal tahap audio.

Pengalaman penggunaan


Dari segi hasilan audio dari WiShake Extra ini, boleh dikatakan biasa sahaja. Bukanlah terbaik dan tidaklah terburuk. Keseluruhan tentang audio yang disampaikan fon telinga tanpa wayar ini mampu memuaskan telinga, kecuali bunyi bass.

Contohnya seperti lagu Stronger dari TheFatRat yang sering kami mainkan didalam video Unboxing, bunyi bass-nya kedengaran kurang padu ditelinga. Lagu Omnos dari Eluveitie juga kedengaran agak mendatar dengan fon telinga ini.

Fon telinga ini turut mempunyai fungsi "Pause" apabila dikeluarkan dari telinga. Namun ada situasi dimana, video di telefon pintar masih kekal bermain walaupun ia ditarik keluar dari telinga. Walaupun begitu, ia tidaklah mengganggu keseluruhan pengalaman penggunaan.

Bagaimana jika digunakan untuk aplikasi permainan? Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, lag tetap ada tetapi tidak ketara dan kami masih boleh menikmati audio dari permainan PUBG dan Mobile Legends dengan tahap "OK" sepanjang ia diuji.

Bagi ciri sentuhan, kawalan untuk mematikan atau bergerak ke media yang seterusnya tidak bermasalah. Namun begitu, kadangkala ia seperti tidak selari dengan apa yang kita mahukan. Mungkin kita mahu terus ke lagu berikutnya, tetapi ia hanya Pause kan lagu yang sedang dimainkan.

Dari segi sambungan, fon telinga ini datang dengan Bluetooth 5.0 dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk dipadankan dengan peranti Android mahupun iOS. Begitu juga dengan pemakaian,

Satu pengecasan penuh, WiShake Extra mampu memberikan khidmat sehingga ke 5 jam. Manakala kuasa tambahan pula boleh diberikan melalui bekas pengecas yang menyalurkan kuasa menghampiri satu hari.

Ia dijual pada tanda harga RM199 dan anda boleh milikinya melalui pautan dibawah.