Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FDA Luluskan Monitor Glukosa Berterusan Pertama Tanpa Preskripsi Pakar

FDA Luluskan Monitor Glukosa Berterusan Pertama Tanpa Preskripsi Pakar

Diterbitkan Mac 7, 2024 oleh Amalina Athman

Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat kini meluluskan alat pemantauan glukosa berterusan (CGM) pertama yang boleh dijual terus kepada pengguna tanpa preskripsi dari pakar kesihatan (over-the-counter).

Berkaitan

  • Elon Musk Dakwa Manusia Pertama Dipasang Cip Neuralink Sudah Boleh Kawal Tetikus
  • Elak Beli Jam Pintar Yang Mendakwa Boleh Ukur Paras Glukosa Darah - FDA

Peranti itu, dikenali sebagai Stelo, merupakan integrasi CGM (iCGM) yang ditujukan untuk individu berumur 18 tahun ke atas yang tidak menggunakan insulin.

Antaranya termasuk individu menghidap diabetes yang menggunakan ubat secara oral sebagai rawatan, atau mereka yang tidak mempunyai diabetes tetapi ingin memahami bagaimana diet dan senaman boleh memberi kesan kepada paras gula dalam darah.

Perlu diketahui, peranti ini tidak boleh digunakan untuk individu yang mengalami masalah hipoglisemia (gula darah rendah).

Importantly, this system is not for individuals with problematic hypoglycemia (low blood sugar) as the system is not designed to alert the user to this potentially dangerous condition.

Guna sensor boleh pakai

Dexcom Stelo

Sistem peranti ini menggunakan sensor boleh pakai, yang dipasangkan dengan aplikasi di telefon atau peranti pintar pengguna untuk berterusan mengukur, merekod, menganalisis dan memaparkan nilai glukosa individu yang tidak menggunakan insulin dan tidak mengalami hipoglisemia bermasalah.

Peranti akan menunjukkan tahap glukosa darah setiap 15 minit dalam aplikasi yang digunakan. Pengguna boleh memakai setiap sensor sehingga 15 hari sebelum menggantikan dengan yang baharu.

Dexcom Stelo_3

Dalam pada itu, FDA mengatakan peranti ini boleh menjadi alat berkuasa untuk membantu pengguna memantau glukosa darah. Ia memberikan akses yang lebih luas dengan membenarkan individu membeli CGM tanpa penglibatan penyedia penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Dexcom memaklumkan Stelo akan tersedia untuk pembelian dalam talian di Amerika Syarikat sekitar Jun tahun ini.

Sumber: FDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY