Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch_1

Elak Beli Jam Pintar Yang Mendakwa Boleh Ukur Paras Glukosa Darah – FDA

Diterbitkan Februari 22, 2024 ยท Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

Sekiranya melihat jam atau cincin pintar yang mendakwa boleh mengukur paras blood glucose atau glukosa darah (gula darah), sebaiknya jangan percaya.

Dalam amaran keselamatan yang dikongsi hari ini, Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat memaklumkan risiko berkaitan penggunaan jam atau cincin pintar yang mendakwa boleh mengukur paras glukosa darah tanpa mencucuk jari atau menusuk kulit.

Berkaitan

  • Manusia Pertama Berjaya Terima Implan Cip Neuralink
  • Elon Musk Dakwa Manusia Pertama Dipasang Cip Neuralink Sudah Boleh Kawal Tetikus

Untuk lebih jelas, tiada pengeluar utama yang mempunyai jam atau cincin pintar yang mampu melakukannya setakat ini. Perkara yang paling boleh dilakukan oleh Apple Watch, Fitbit, Samsung atau Oura Ring ialah menyokong integrasi dengan monitor glukosa berterusan (CGM) yang dibenarkan oleh FDA, iaitu peranti boleh pakai yang menggunakan jarum untuk membaca paras gula darah. Integrasi ini membolehkan pengguna memantau data yang dikumpul daripada CGM yang disambungkan daripada aplikasi telefon pintar.

Ketika ini, FDA belum meluluskan atau membenarkan mana-mana jam atau cincin pintar yang bertujuan untuk mengukur atau menganggar paras gula darah sendiri.

Ia berikutan keselamatan dan keberkesanan peranti ini belum disemak oleh FDA, serta penggunaannya boleh mengakibatkan pengukuran paras glukosa darah yang tidak tepat.

Risiko ukur glokosa darah tidak tepat

Bagi penghidap diabetes, pengukuran glukosa darah yang tidak tepat boleh menyebabkan kesilapan dalam pengurusan diabetes, termasuk mengambil insulin, sulfonilurea atau ubat lain dengan dos yang salah, dan boleh menurunkan glukosa darah dengan cepat.

Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan ini dengan cepat boleh menyebabkan glukosa rendah yang berbahaya, membawa kepada kekeliruan mental, koma, atau kematian dalam beberapa jam selepas kesilapan.

Dapatkan nasihat pakar perubatan

Lanjutan itu, FDA memberikan saranan agar pengguna tidak membeli jam atau cincin pintar yang mendakwa boleh berbuat demikian.

Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar perubatan mengenai peranti yang dibenarkan FDA untuk mengukur paras glukosa darah dengan tepat.

Sumber: FDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY