Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Faker Cipta Sejarah, Pemain E-Sukan Pertama Terima Anugerah Sukan Tertinggi Korea Selatan

Faker Cipta Sejarah, Pemain E-Sukan Pertama Terima Anugerah Sukan Tertinggi Korea Selatan

Diterbitkan Januari 5, 2026 ยท Dikemas kini Januari 5, 2026 oleh Amsyar Latif

Legenda League of Legends, Lee Sang-hyeok atau Faker, mencipta sejarah apabila menjadi atlet e-sukan pertama Korea Selatan menerima Cheongnyong Medal (Kelas Pertama) di bawah Order of Sport Merit, iaitu anugerah sukan tertinggi kerajaan negara itu.

Pada 2 Januari, Faker menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu yang berlangsung di Yeongbin-gwan, Cheong Wa Dae. Pada majlis tersebut, Presiden Lee Jae-myung menyampaikan sendiri Cheongnyong Medal kepada beliau. Ini merupakan kali pertama pemain e-sukan menerima anugerah kelas tertinggi dalam sejarah Order of Sport Merit.

Faker Cipta Sejarah, Pemain E-Sukan Pertama Terima Anugerah Sukan Tertinggi Korea Selatan
Foto: yonhap

Order of Sport Merit dianugerahkan kepada individu yang menyumbang besar kepada pembangunan sukan negara serta mengharumkan nama Korea Selatan di peringkat antarabangsa. Ia terbahagi kepada lima kelas, dengan Cheongnyong Medal berada pada tahap tertinggi. Sebelum ini, anugerah sama pernah diterima oleh tokoh sukan ikonik seperti Sohn Kee-chung, Son Heung-min, Kim Yuna, Park Chan-ho dan Pak Se-ri.

Faker memulakan kerjaya profesionalnya pada 2013 bersama SK Telecom T1 dan memegang rekod 10 kejuaraan LCK. Pada Kejohanan Dunia League of Legends tahun lalu, beliau menjulang trofi buat kali keenam, satu pencapaian yang belum pernah dicapai mana-mana pemain. Sebelum itu, beliau turut menyumbang pingat emas kepada Korea Selatan di Sukan Asia Hangzhou 2023.

Dalam ucapannya, Faker menegaskan anugerah tersebut bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya milik rakan sepasukan, industri dan peminat e-sukan Korea. Pengiktirafan ini dilihat sebagai titik penting yang mengangkat e-sukan setaraf dengan sukan tradisional di peringkat nasional dan global.

Berkaitan

  • Dagangan Kripto Kini Jadi Pertandingan Ala E-Sukan Di Korea Selatan
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kejayaan Di Final MLBB IESF 2025 Perkukuh Masa Depan E-Sukan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY