Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Perlu Buat Permohonan Maaf Atas Kegagalan Mereka Mengawal Kiriman Berbaur Kebencian

Facebook Perlu Buat Permohonan Maaf Atas Kegagalan Mereka Mengawal Kiriman Berbaur Kebencian

Diterbitkan Julai 18, 2018 ยท Dikemas kini Julai 18, 2018 oleh Haikel Areff

Tahun 2018 ini boleh dikatakan sebagai zaman kegelapan bagi laman media sosial terkemuka, Facebook. Sejak didedahkan terlibat dengan skandal penyalahgunaan data pengguna yang berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, orang ramai sudah mula memandang serong kepada mereka.

Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Facebook kini semakin diambil serius walaupun sebelum ini ianya langsung tidak diambil peduli. Terbaru, mereka telah didesak untuk memohon maaf atas kegagalan mereka untuk menyekat kiriman berbaur kebencian seperti perkauman serta penderaan kanak-kanak.Facebook Perlu Buat Permohonan Maaf Atas Kegagalan Mereka Mengawal Kiriman Berbaur KebencianSeorang wartawan penyiasat yang sedang menyamar mendedahkan moderator bagi pihak Facebook telah diarahkan untuk tidak menyekat kiriman sedemikian malah gagal dalam memberi tindak balas terhadap laporan yang dibuat oleh pengguna ke atas kiriman-kiriman tersebut.

Tambahan lagi, Facebook dikatakan memberikan layanan yang berbeza kepada kumpulan dan laman Facebook yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan dan agensi berita di mana mereka lebih bebas dalam membuat apa jua bentuk kiriman.

Perkara ini menjadi persoalan kerana Facebook sebelum ini diminta agar melonggarkan sedikit sekatan dan kawalan mereka terhadap kiriman yang dibuat oleh pengguna. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka serius atau tidak dalam melaksakan polisi mereka.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY