Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Reels_

Muat Turun Instagram Reels Kini Lebih Mudah, Ini Caranya

Diterbitkan November 23, 2023 · Dikemas kini November 23, 2023 oleh Amalina Athman

Pengguna Instagram kini boleh memuat turun Reels lebih mudah melalui aplikasi itu sendiri – tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga atau laman web tertentu.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Cara 'Tutup Read Receipts' Di Instagram
  • Pengguna Kini Boleh Padam Akaun Threads Dan Instagram Secara Berasingan

Ketua Instagram, Adam Mosseri mengumumkan pengguna kini boleh menyimpan Reels yang dimuat naik oleh akaun terbuka (public) dalam galeri peranti masing-masing. Reels yang dimuat turun oleh pengguna akan mempunyai watermark atau tera air dengan nama pemilik video tersebut.

Seperti biasa, ciri ini mula tersedia kepada semua pengguna secara berperingkat. Bagi mengetahui jika sudah menerima atau sebaliknya, ikut langkah di bawah.

Cara muat turun Reels di Instagram

Untuk muat turun Reels di Instagram, ikut langkah mudah di bawah.

1. Melalui aplikasi Instagram, buka mana-mana Reels yang ditetapkan sebagai umum.

2. Di bahagian “Share” atau ikon kapal terbang kertas, pilih “Download”.

Instagram Reels

Namun, perlu diketahui pemilik akaun boleh mematikan keupayaan untuk pengguna lain muat turun Reels mereka. Dalam kes begini, pengguna boleh menggunakan alternatif sedia ada, dengan menekan butang tiga titik dan klik Save untuk menontonnya kemudian dalam aplikasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
©2026 WISER.MY