Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi

Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi

Diterbitkan April 18, 2018 · Dikemas kini April 18, 2018 oleh Haikel Areff

Ketika ini, pemilik syarikat dan laman sosial media nombor 1 di dunia, Facebook, Mark Zuckerberg sedang teruk diasak dengan pelbagai dakwaan dan persoalan berkenaan dengan perkongsian data pengguna tanpa kebenaran oleh pihaknya kepada pihak ketiga. Dalam usaha memperbaiki status mereka, Facebook telah memperbaiki polisi kawalan data dan privasi mereka bagi meningkatkan kembali kepercayaan pengguna kepada mereka.

WhatsApp Image 2018-04-17 at 21.13.59

Sekiranya anda ada membuka aplikasi Facebook baru-baru ini, anda mungkin akan perasan berkenaan perkara ini pada paparan layar Facebook anda. Ia memberitahu pengguna bahawa mereka kini boleh mengawal kepada siapa maklumat mereka akan dikongsikan selain boleh memutuskan sebarang hubungan atas talian yang tidak dikehendaki.

Facebook telah mengubah suai reka bentuk pada paparan layar ‘Account Setting’ bagi aplikasi mudah alih mereka. Ubah suai ini akan memberi paparan yang lebih jelas dan ringkas berkenaan tetapan yang boleh diubah oleh pengguna mereka. Anda boleh lihat imej di bawah, di mana perubahan daripada paparan yang lama(kiri) ke paparan yang baru(kanan) yang dilakukan oleh Facebook.

Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi

Selain itu, pengguna Facebook kini turut boleh mengawal jenis iklan yang akan dipaparkan semasa menggunakan Facebook mereka. Klik sahaja pada pautan ini untuk menetapkan sumber iklan yang anda benarkan untuk dipapar pada skrin Facebook anda.

Screen Shot 2018-04-18 at 12.25.53

Antara pembaharuan lain yang dibawa oleh Facebook bagi meningkatkan tahap privasi penggunanya ialah pengguna boleh menetapkan untuk perlunya mendapatkan pengesahan anda setiap kali pendaftaran masuk dilakukan menggunakan peranti yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Anda boleh melakukannya dengan mengaktifkan ‘two-factor authentication’ bagi akaun anda.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY