Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Memberitahu Pengguna Berapa Lama Mereka Menghabiskan Masa Untuk Aplikasi Tersebut

Facebook Memberitahu Pengguna Berapa Lama Mereka Menghabiskan Masa Untuk Aplikasi Tersebut

Diterbitkan Jun 25, 2018 oleh Wiser MY

Facebook selepas ini membolehkan pengguna mengetahui berapa lama masa dihabiskan mereka di dalam aplikasi tersebut.

Ciri yang dipanggil ‘Your Time On Facebook’ itu menyenaraikan berapa lama dan purata masa pengguna berada di dalam Facebook untuk setiap hari untuk tempoh seminggu. Pengguna boleh meletakkan had masa yang dikehendaki mereka untuk setiap hari.

Ciri ini dalam fasa prototaip dan perkara ini disedari oleh TechCrunch yang kemudiannya disahkan oleh pihak Facebook.

Facebook Memberitahu Pengguna Berapa Lama Mereka Menghabiskan Masa Untuk Aplikasi Tersebut

Ciri ini menurut Facebook adalah membantu pengguna sedar tentang masa yang dihabiskan mereka di laman media sosial tersebut di samping pilihan peringatan bagi tidak terus menggunakan Facebook apabila sudah mencapai had yang ditetapkan.

Ciri ini juga akan diguna pakai oleh satu lagi aplikasi terkenal milik Facebook iaitu Instagram.

Facebook yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal Cambridge Analytica telah ditekan untuk melakukan perubahan bagi melindungi hak privasi pengguna mereka.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY