Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami

Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami

Diterbitkan Ogos 2, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas mengalami kerugian besar seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Facebook kini mula mencari cara baru untuk menjana pendapatan. Mereka kini dilaporkan sedang merancang untuk menggunakan aplikasi WhatsApp milik mereka sebagai sumber kewangan terbaru.

Jangan risau, ia bukan bermakna pengguna WhatsApp akan dikenakan bayaran untuk menggunakan aplikasi perhubungan tersebut. Facebook cuma akan mengenakan bayaran bagi memaparkan iklan perniagaan yang akan disambungkan dengan pautan kepada aplikasi WhatsApp.

Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami

Dalam bahasa lebih mudah, sekiranya anda seorang pengusaha dan ingin memudahkan pelanggan anda menghubungi anda melalui WhatsApp, anda perlu membayar sejumlah yuran iklan kepada Facebook. Selepas itu, pelanggan cuma perlu menekan satu butang pada iklan anda untuk berhubung secara terus menerusi WhatsApp.

Ia merupakan satu berita baik kepada pihak pelanggan kerana mereka tidak lagi perlu ‘PM’ penjual melalui aplikasi FB Messenger yang dilihat kurang berkesan. Namun, bagi pihak pengusaha, sekiranya mereka gagal membalas mesej pelanggan dalam masa 24 jam, mereka bakal dikenakan bayaran denda.

Jika laporan ini benar, pengguna Facebook mungkin tidak akan dibenarkan lagi untuk mengirim pautan WhatsApp mereka di laman FB selepas ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY