Hab itu mahu dibangunkan bagi membantu dan memberi sokongan kepada syarikat pembangun, inovator dan mereka yang mahu memulakan perniagaan di China. Untuk pengetahuan, Facebook mempunyai hab inovasi di negara Brazil, India, Korea Selatan dan Perancis setakat hari ini.
Beberapa aplikasi di bawah jenama Facebook seperti Snapchat dan Instagram turut dihalang. Maka, Facebook mengambil keputusan ini sebagai langkah permulaan untuk memberi ruang kepada penerimaan terhadap mereka oleh kerajaan China.
Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan aplikasi perkongsian video dan gambar seperti Instagram, yang dinamakan sebagai Colorful Balloons, tanpa melibatkan nama Facebook padanya. Kepadatan penduduk di China jelas menjadi tarikan kepada sesebuah perusahan dan Facebook tidak terkecuali daripadanya.
Sekiranya Facebook berjaya menembusi pasaran China, ia pastinya akan menggembirakan kedua-dua pihak iaitu rakyat China serta Facebook. Semoga dengan pembukaan hab inovasi ini nanti akan dapat membuka pintu kepada Facebook untuk kembali selepas diharamkan pada tahun 2009.
Sumber
Berkaitan
- Facebook Berkerjasama Dengan Fandango Untuk Penjualan Tiket Filem
- Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini
- Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam "Group"
- Apple Akan Keluar Dari China Jika Tarif 25% Dikenakan Kepada Mereka
- Ciri Baru Facebook Membolehkan Anda Berbual Dengan Orang Tidak Dikenali
- Anda Kini Boleh Mainkan Video Instagram dan Facebook Melalui Aplikasi Whatsapp
- Skandal Privasi Data Facebook : Mark Zuckerberg Hadiri Perbicaraan Senat
- Menangi ASUS Zenfone Max Pro Menggunakan Facebook dan Instagram Anda Sekarang
- Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada 'Meta'
- Peranti Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Bagi Pasaran China