Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Bagi Pengguna Seluruh Dunia

*Kemaskini: Akses untuk ketiga-tiga platform media sosial sudah pulih seperti sediakala. Setakat ini, pihak Facebook masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan masalah yang terjadi.

Tiga aplikasi media sosial popular, Facebook, Instagram dan WhatsApp ketika ini dilaporkan sedang mengalami masalah.

Difahamkan ia melibatkan pengguna diseluruh dunia dimana bahagian News Feed Facebook gagal untuk refresh dan domain Facebook.com juga tidak boleh diakses.

Sementara itu bagi aplikasi WhatsApp pula,  ia tidak berfungsi secara normal dimana penghantaran serta penerimaan mesej tidak berjaya untuk dilakukan.

Bulan lalu, kegagalan akses ketiga-tiga aplikasi sudah berlaku dimana syarikat itu menyalahkan perubahan konfigurasi server sebagai penyebab ia berlaku.