Asus Bawak Masuk Tiga Model ZenBook- Harga Bermula Dari RM4399

Tiga buah model dalam siri ZenBook telah dilancarkan secara rasmi oleh Asus Malaysia hari ini. Ia adalah ZenBook 13, ZenBook 14, dan ZenBook 15.



Menampilkan rekaan nipis serta ringan, rupa bentuknya kelihatan premium dengan penggunaan paparan Nano Edge, menjadikan bezel lebih slim disetiap sisinya.



Model Zenbook 13 dan 14 mempunyai ciri pad nombor diatas pad sesentuh dari pancaran LED yang terbina didalamnya. Bagi ZenBook 15 pula, ia dipasang dengan pad nombor fizikal.



Ketiga-tiga komputer riba dari Asus ini menggunakan kamera inframerah 3D, membolehkan pengesanan wajah bagi nyahkunci skrin lebih pantas walaupun pada keadaan kurang cahaya.



Spesifikasi ketiga-tiga model boleh diteliti dibawah:

Asus ZenBook 13 (RM 4499 dan RM 4999)

  • Intel Core - i7-8565U / Intel Core - i5-8265U

  • Skrin Nano Edge 13.3 inci (1920 x 1080)

  • Nvidia GeForce MX150

  • RAM 8GB

  • PCIe SSD 512GB

  • Sambungan:

    • USB C 3.1 Gen 2

    • USB A (10Gbps)

    • USB 2.0

    • HDMI

    • MikroSD



  • Pad nombor LED

  • Sistem Audio Asus Sonic Master

  • Bateri 50Wh (sehingga 14 jam)


Asus ZenBook 14 (RM 4399)

  • Intel Core i5-8265U

  • Skrin Nano Edge 14 inci (1920 x 1080)

  • Nvidia GeForce Mx 150

  • RAM 8GB

  • PCIe SSD 512GB

  • Sambungan:

    • USB 3.1 C Gen 2

    • USB A (10Gbps)

    • USB 2.0

    • HDMI

    • MikroSD



  • Pad nombor LED

  • Sistem Audio Asus Sonic Master

  • Bateri 50Wh (sehingga 14 jam)


Asus ZenBook 15 (RM 6099)

  • Intel Core i7-8565U

  • Skrin Nano Edge 15.6 inci (1920 x 1080)

  • Nvidia GeForce GTX 1050 Max-Q

  • RAM 16GB

  • PCIe SSD 512GB

  • Sambungan:

    • USB 3.1 C Gen 2 (sokongan paparan)

    • USB A (10Gbps)

    • USB A (5Gbps)

    • HDMI

    • Kad SD



  • Sistem Audio Asus Sonic Master

  • Bateri 73Wh (sehingga 17 jam)


https://www.youtube.com/watch?v=ctWAUHXxbhM