Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri iphone

Apple Jelaskan Kenapa Amaran Dipaparkan Apabila Bateri Ditukar Pihak Ketiga

Diterbitkan Ogos 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Heboh sebelum ini apabila Apple dikatakan menghalang bateri yang ditukar oleh pihak ketiga dengan cara menyembunyikan paparan data berkaitan prestasi bateri iPhone ,”Battery Health“.

Walaupun bateri yang ditukar itu adalah bateri tulen keluaran Apple, mesej amaran tetap dikeluarkan dan ini membangkitkan persoalan dalam kalangan pengguna peranti tersebut.

Menjelaskan perkara tersebut kepada The Verge, Apple menyatakan langkah itu dilakukan atas alasan mengutamakan keselamatan pengguna serta untuk memastikan proses penukaran bateri dibuat dengan betul.

Apple nampaknya mengambil pendekatan yang agak keras kali ini dan menyatakan bateri mereka melalui proses ketat melibatkan rekaan, ujian dan penghasilan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan syarikat itu.

Tidak dinafikan bateri merupakan komponen penting didalam telefon pintar dan pengendalian untuk ketika memasangnya perlu dibuat secara betul bagi mengelakkan perkara tidak diingi dari berlaku. Anda pengguna iPhone? Apa pandangan anda dengan langkah yang dilakukan Apple ini?

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY