Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkinkah Xiaomi Mi 6 Mempunyai Reka Bentuk Sama Seperti Mi Note 2?

Mungkinkah Xiaomi Mi 6 Mempunyai Reka Bentuk Sama Seperti Mi Note 2?

Diterbitkan Mac 19, 2017 · Dikemas kini Mac 20, 2017 oleh Helmi Samsuri

Andai kata kita mahu bercerita mengenai rekaan-rekaan telefon menarik, Xiaomi pasti tersenarai sebagai salah satu pengeluar.

Apa tidaknya, dari rekaan skrin melengkung hinggalah kepada skrin tanpa bezel, pasti dicuba pengeluar dari China ini untuk peranti prototaip ataupun keluaran terbaru mereka.

xiaomi-mi-6

Baru-baru ini, tersebar di internet tentang satu imej yang dimuat naik di laman Weibo, dipercayai Xiaomi Mi 6.

Jika dilihat pada imej tersebut, ia kelihatan seperti rekaan Mi Note 2 tetapi tanpa skrin sisi melengkung.

Diperkatakan sebagai keluaran flagship, Mi 6 mungkin tampil dengan dwi kamera belakang yang berbentuk bujur, cukup membuatkan telefon ini sangat elegan. Disebelahnya pula terletak LED flash.

Tiada pengimbas cap jari dibelakang yang mana edisi kali ini Xiaomi mungkin memasang pengimbas cap jari di bahagian butang Home.

Antara spesifikasi lain yang mungkin hadir pada Xiaomi Mi 6 adalah:

  • cip pemproses Snapdragon 821/835
  • RAM 8GB
  • storan dalaman 64GB/128GB/256GB
  • Kamera dengan sensor S0ny IMX400 serta sokongan penstabilan imej optik 5-paksi.
  • bateri berkapasiti 4000mAh

Mengapa ada ditulis dua jenis cip pemproses? Ada khabar angin mengatakan Xiaomi mahu menangguh pelancaran model ini hingga ke bulan Mei oleh sebab ketidaksediaan cip Snapdragon 835.

Laporan lain pula menyatakan untuk peringkat awal ini, syarikat dari China ini akan memasang cip pemproses 821 dahulu sementara menunggu versi 835.

Harga jualan model ini berbeza mengikut versi storan:

  • 64GB – ~RM1282
  • 128GB – ~RM1473
  • 256GB – ~RM1859

Walaubagaimanapun ini semua hanyalah khabar angin. Jadi nantikan berita selanjutnya di Wiser.my.

 

Sumber: Weibo, GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY