5 Fungsi Tersembunyi Google Chrome Yang Patut Anda Tahu

Selain dari digunakan untuk mencari serta melayari internet pernahkah anda terfikir fungsi-fungsi lain yang boleh digunakan pada Google Chrome?

Ya, sebenarnya banyak lagi ciri yang terdapat pada enjin carian itu dan jarang sekali kita gunakan.

Untuk artikel kali ini, kita akan lihat 5 ciri yang terdapat pada enjin carian Google Chrome dan disarankan untuk menggunakannya melalui komputer.

Berikut merupakan ciri Google Chrome yang sangat membantu pengguna dalam kehidupan seharian.

1.Timer

google-timer-1375445714

Ruang (column) carian Google juga boleh berfungsi sebagai timer. Untuk mengaktifkan timer, pergi ke ruang carian Google dan taip "timer..hours".

Ok sebagai contoh jika anda mahukan timer selama 2 jam 8 minit, anda perlu taip seperti ini "Timer 2 hours 8 minutes".

Setelah anda taip dan tekan butang carian, hasil pencarian akan menampilkan timer seperti gambar diatas.

2. Google Chrome dan Lego

tumblr_m681tnzata1qav3uso1_1280

Bermain dengan Lego menerusi Google Chrome. Tekan pautan ini dan bangunkan bandar Lego anda di serata dunia melalui Google Map.

3. Number Speaker

number

Jika kamu tidak tahu bagaimana untuk menyebut jumlah nombor di dalam bahasa inggeris, fungsi ini boleh membantu anda. Taipkan nombor tersebut didalam ruangan carian dan tambah "=english" dihujung nombor itu. Contoh seperti gambar diatas.

4.Google Sky

unnamed

Anda mampu 'terbang' diruang angkasa dan sistem suria menerusi Google Sky. Google Sky merupakan Google Maps untuk angkasa lepas. Ciri ini membolehkan pengguna melihat ruang angkasa seperti planet, bintang, galaksi dan bermacam-macam lagi yang berada dalam sistem suria kita.

5. Google Font

get-font

Di Google Chrome, anda boleh mengubah font laman yang anda lawati. Caranya sangat mudah pergi ke www.google.com/fonts dan pilih jenis font yang ingin anda ubah. Anda juga boleh mengumpulkan font-font kegemaran ke dalam koleksi.

Sumber: Business Insider