Samsung Umum Galaxy A60, Dikuasakan Dengan Snapdragon 675

Sebuah acara pelancaran telefon pintar siri Galaxy A telah dilangsungkan malam tadi oleh Samsung di China, dimana model Samsung Galaxy A60 telah diperkenalkan.

Ahli baru dalam keluarga besar Galaxy A ini tampil dengan skrin paparan 6.3 inci LCD Infinity-O beresolusi FHD+. Rekaan meletakkan "lubang" disebelah bucu kiri paparan, ia dihuni dengan lensa 32MP.



Galaxy A60 menggunakan teknologi Screen Cast Sound yang mana skrin paparan berperanan mengeluarkan bunyi dan model ini tidak mempunyai earpiece.

Bahagian belakang pula menampilkan tiga kamera kombinasi sensor utama 32MP (f/1.7), sensor kedua 8MP (f/2.2) dan 5MP sebagai sensor depth. Pengimbas cap jari juga kelihatan pada panel belakang tersebut.

Komponen dalaman yang mengoperasikan peranti adalah cip Snapdragon 675 serta RAM 6GB ditemani ruang simpanan 128GB. Galaxy A60 disertakan dengan port pengecasan USB-C untuk sebagai laluan untuk mengecas bateri berkapasiti 3500mAh.

Sebuah lagi peranti,  turut diperkenalkan pada acara sama iaitu Galaxy A40s yang difahamkan nama lain bagi Galaxy M30 untuk pasaran China.



Ia didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4 inci, kamera hadapan 16MP, tiga kamera belakang gabungan lensa 13MP (f/1.9)+5MP (f/2.2) serta 5MP depth.

Dimuatkan dengan cip Exynos 7904 bergandingan bersama RAM 6GB serta storan 64GB. Menjana peranti adalah bateri 5000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 15W. Harga bagi Samsung Galaxy A60 adalah 1999 yuan (~RM 1235) sementara Galaxy A40s diletakkan pada nilai 1499 yuan (~RM926).

Sumber: GizmoChina