Dan pihak Facebook sendiri telah mengesahkan perkara berkenaan. Mereka memberitahu bahawa perjanjian perkongsian data dengan syarikat-syarikat berikut telah dimeterai sejak sekian lama. Mereka juga menegaskan bahawa perkongsian berkenaan adalah atas tujuan perniagaan semata-mata.
Perkara ini menjadikan situasi semakin buruk buat syarikat Huawei. Ini kerana mereka sebelum ini telah didakwa oleh kerajaan Amerika Syarikat, dengan tuduhan menggunakan peranti keluaran mereka untuk tujuan pengumpulan maklumat berasaskan risikan.
Kerajaan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan perdagangan di antara syarikat yang beroperasi di dalam negara mereka dengan syarikat Huawei dan sebuah lagi syarikat China iaitu ZTE. Walaupun sekatan yang dikenakan terhadap Huawei tidak sehebat ZTE, ia turut menggugat perniagaan mereka di sana.
Sebelum ini, Pentagon telah mengeluarkan arahan supaya semua jualan peranti Huawei di kem tentera mereka dihentikan. Namun setakat ini, tiada sekatan untuk anggota tentera mereka menggunakan peranti keluaran Huawei dikenakan.
Bagaimanapun, pendedahan terbaru ini tidak mustahil akan membawa nasib yang lebih buruk kepada perniagaan Huawei di Amerika Syarikat. Huawei sebelum ini sudah beberapa kali menafikan dakwaan mereka menggunakan peranti keluaran mereka untuk tujuan risikan bagi kerajaan China.
Sumber
Berkaitan
- Instant Apps Dari Google Sudah Dikeluarkan Untuk Tempoh Percubaan
- Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri
- Google Umumkan Google Clasroom versi terbaru
- Xiaomi Play - Satu Lagi Siri Baru Xiaomi Bakal Dilancarkan Bulan Ini
- Xiaomi Mi Mix 2 Hadir Dengan Snapdragon 835
- Samsung Soundbar N650, Memang Mengancam!
- Lebih Banyak Peranti Android Akan Menyokong Permainan Fortnite Selepas Ini
- OPPO F11 Mula Dipasarkan Secara Eksklusif Di Shopee Pada 16 April Ini
- IFA 2016 : Fon Telinga Jenama Jabra ni Mempunyai Fungsi Tanpa Wayar Dan Kadar Degupan Jantung
- Football Republic E-League Cup Tawar Hadiah Keseluruhan Kejohanan Bernilai RM10 Ribu