Facebook Akhirnya Benarkan Pengguna Android Untuk Hentikan Penjejak Lokasi, Begini Caranya

Facebook menerusi kemaskini terbaru akhirnya membenarkan pengguna Android untuk menghentikannya dari terus menjejak lokasi mereka waalaupun ketika mereka tidak menggunakan aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Facebook menggunakan lokasi pengguna bagi menyasarkan iklan, menunjukkan acara yang akan berlangsung berhampiran pengguna, lokasi daftar masuk serta menyimpan maklumat mengenai data lokasi pengguna.

Kini, anda boleh menghalang Facebook dari terus mengesan lokasi atau kedudukan anda secara masa nyata. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah dibawah:

Kapsyen: CNBC


1. Buka aplikasi Facebook dan anda akan dapat melihat notifikasi seperti dalam gambar di atas(kiri)

2. Pilih "Manage Settings" dan nyah-aktifkan "Background Location"  

Walaubagaimanapun, memandangkan kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat dan anda mungkin masih belum dapat melihat notifikasi seperti dalam gambar.

Akan tetapi, anda masih lagi boleh menghalang akses penuh Facebook kepada lokasi anda. Caranya ialah:

1. Sentuh pada ikon Tetapan di bucu atas sebelah kanan di dalam aplikasi Facebook anda

2. Pilih Settings & Privacy > Privacy Shortcurs > Manage Your Location Settings

3. Nyah-aktifkan "Location Services" 



 

Sumber: The Verge