Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Montblanc Melancarkan Jam Pintar Bersama Android Wear 2.0

Montblanc Melancarkan Jam Pintar Bersama Android Wear 2.0

Diterbitkan Mac 17, 2017 oleh Haikel Areff

Berikutan pelancaran Tag Heuer Connected Modular 45 baru-baru ini, Montblanc turut sama mempamerkan sebuah jam pintar kelas luxury iaitu Montblanc Summit. Montblanc Summit ini dibina dengan sistem operasi Android Wear 2.0 dan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon Wear 2100.

Summit_Front_Case_Steel_Black_white

Ianya juga dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat dan titanium berserta rekaan lengkung kristal. Jam pintar ini memiliki paparan lengkung AMOLED berkuran 1.39 inci pada resolusi 400 x 400. Pada kadar 286ppi, paparannya tidaklah setajam berbanding Huawei Watch 2.

Summit_Front_white

Jam pintar Montblanc ini turut menampilkan beberapa kerjasama dengan syarikat aplikasi seperti Uber, Foursquare, dan Runstatic. Montblanc Summit ini turut memiliki ciri paparan sentuh dan beberapa lagi sokongan seperti Google Assitant untuk mesej suara dan sensor untuk aktiviti kecergasan. Peranti ini akan dipasarkan dengan harga bermula dari $890 untuk model keluli tahan karat manakala model premium yang dibina dengan tali kulit dan titanium akan dijual pada harga $980.

Sumber Sumber 2

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY