Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dalam Diam Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Di Pasaran China

Facebook Dalam Diam Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Di Pasaran China

Diterbitkan Ogos 15, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 15, 2017 oleh Haikel Areff

Seperti yang umum sedia maklum, China merupakan antara negara yang tidak membenarkan kemasukan aplikasi sosial media terbesar di dunia iaitu Facebook sejak tahun 2009 lagi. Namun ianya tidak menjadi penghalang buat Facebook untuk menembusi pasaran China.

Menurut laporan dari New York Times, Facebook telah memperkenalkan satu aplikasi perkongsian gambar yang diberi nama Colorful Ballons, mempunyai fungsi yang sama seperti ciri Moments atau yang dahulunya dikenali sebagai Photo Sync.

Berdasarkan kenyataan dari Times, Facebook tidak mengiyakan atau menolak apabila ditanya tentang penglibatan mereka dengan Colorful Ballons.

“Kami sudah nyatakan minat kami terhadap pasaran China sekian lama dan ketika ini kami sedang mempelajari untuk memahami negara ini dalam pelbagai bidang” Kata salah seorang jurucakap.

Namun apa yang menarik, tidak dapat dipastikan sama ada kerajaan China sendiri sedar tentang penglibatan Facebook dalam pembinaan aplikasi ini. Walaupun Mark Zuckerberg sendiri sudah berkali-kali melawat negara tersebut malah mempelajari bahasa mandarin, namun Facebook dilihat masih bergerak secara rahsia di China.

 

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY