Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiga Peranti Honor Dijangka Terima Kemaskini Android Pie Dalam Bulan Ini

Tiga Peranti Honor Dijangka Terima Kemaskini Android Pie Dalam Bulan Ini

Diterbitkan Disember 15, 2018 ยท Dikemas kini Disember 15, 2018 oleh Haikel Areff

Honor baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sistem EMUI 9 berasaskan Android 9 Pie akan mula ditawarkan kepada tiga model mereka – Honor View 10, Honor 10 dan Honor Play dalam beberapa minggu mendatang.

Malah, salah satu daripada peranti tersebut iaitu Honor View 10(V10) dilihat telah mula menerima penawaran sistem berkenaan sejak semalam(14 Dis). Manakala ia dilaporkan akan tersedia untuk Honor 10 pada 20 Disember dan Honor Play dalam beberapa minggu mendatang.

Tiga Peranti Honor Dijangka Terima Kemaskini Android Pie Dalam Bulan Ini

Kemaskini ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati teknologi GPU Turbo 2.0 selain daripada antaramuka baharu serta fungsi-fungsi EMUI 9 lain seperti Digital Balance dan sistem navigasi melalui isyarat tangan yang baharu.

Bagi pengguna Honor View 10 yang masih belum mengemaskini EMUI 9 ini, anda boleh menyemaknya dengan pergi ke halaman Settings > System > Software Update.

 

Sumber: Honor Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY