Facebook Ada Ciri Baharu Sempena Tahun Baru Cina

Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Facebook menambah sebuah ciri baharu yang anda boleh cuba.

Ciri ini adalah yang sering kita gunakan setiap kali sesuatu pos atau status baru sahaja dimuat naik di Facebook iaitu butang reaksi.



Kelainannya kali ini adalah reaksi 'Like' yang sebelum ini berwarna biru telah berubah menjadi warna kuning keemasan berlatarbelakangkan warna merah, sesuai dengan tema perayaan ini.



Namun begitu, ciri ini nampaknya masih terhad untuk aplikasi Facebook sahaja dan masih belum ada pada pelayar di komputer.

Tambahan lagi, anda tidak perlu bersedih sekiranya tidak dapat lihat butang reaksi tersebut kerana ia akan diperkenalkan secara berperingkat.