China kini benar-benar lebih pantas dalam arena teknologi apabila mereka baru sahaja melancarkan percubaan satelit 6G pertama di dunia ke orbit.
Satelit yang dinamakan University of Electronic Science and Technology of China dilancarkan dari Taiyuan Satellite Launch Center pada 6 November 2020.
#China sends 13 satellites into orbit with a single rocket, including the world's first 6G experiment satellite. pic.twitter.com/c10PmPJf11
— Chinese Embassy in US (@ChineseEmbinUS) November 6, 2020
Dilaporkan bahawa satelit itu dilengkapi dengan muatan komunikasi satelit terahertz yang dikembangkan bersama oleh universiti tersebut dan sejumlah makmal teratas China.
Menurut pengumuman universiti itu di saluran WeChatnya, ia akan membuat pautan transceiver di platform satelit dan menjalankan percubaan pertama teknologi komunikasi terahertz di angkasa lepas.
Tambahan lagi, satelit itu juga akan digunakan untuk aplikasi bandar pintar, pencegahan bencana, perancangan tanah, perlindungan alam sekitar dan pemantauan pembinaan infrastruktur utama selain 6G.
Projek ini merupakan satu lagi usaha oleh China untuk terus mendahului dalam perlumbaan rangkaian 6G walaupun 5G masih belum dilancarkan pada skala yang lebih luas.
China adalah peneraju teknologi 5G dan perlumbaan ini juga disebabkan sekatan perdagangan antara AS dan China terhadap Huawei dimana Huawei adalah pengeluar 5G terkemuka.
Nampaknya sekatan AS terhadap China tidak memberikan kesan kepada mereka. China juga seperti negara Jepun dan beberapa negara lain yang sudah mengusahakan teknologi 6G.
Sumber: AsiaTimesFinancial via