Bukan lagi rahsia, Lenovo kini mengesahkan kedatangan telefon gaming mereka yang baharu, iaitu Legion Y90.
Menerusi perkongsian yang dibuat, peranti terbaru itu masih mengekalkan rekaan hampir sama dengan pendahulunya, Legion Phone Duel 2.
Terdapat tetapan dua kamera pada bahagian belakang. Bersamanya lagi, hadir dengan lubang pengudaraan untuk menyejukkan telefon tersebut, pencahayaan RGB dengan logo Y, LED Flash dan juga penjenamaan Legion.
Pada bahagian depan pula, skrinnya bebas daripada takuk atau paparan berlubang tetapi ada bezel yang sedikit besar. Dikatakan, saiz paparannya adalah seluas 6.92 inci dengan sokongan kadar segar semula 144Hz dan menggunakan panel Samsung E4 OLED.
Tambahan lagi, telefon gaming pertama bagi tahun 2022 ini turut dijangka hadir dengan cip janaan Snapdragon 8 Gen 1. Jadi, bagi mengelakkan suhunya ‘meliar’, terdapat lagi lubang pengudaraan di tengah-tengah sisi peranti. Lenovo menggelarkan peranti ini mempunyai double engine air cooled gaming phone.
Mungkin sebab itu juga, kali ini Lenovo tidak menggunakan kamera jenis pop up. Sebaliknya meletakkan kamera tersebut pada bahagian bezel tadi.
Buat masa sekarang, Lenovo belum mendedahkan lagi tarikh pelancaran Legion Y90 tetapi diramalkan bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber: Lenovo, Digital Chat Station
Baca juga:
-
Dron Selamatkan Nyawa Pesakit Jantung, Hanya Ambil Masa 3 Minit Untuk Hantar Peralatan Perubatan
-
Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit
-
LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama