Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Dasar Laut Akan Dibina Untuk Hubungkan Asia Tenggara Dan Amerika Syarikat

Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Diterbitkan Ogos 17, 2021 · Dikemas kini Ogos 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Facebook baru-baru ini dalam kenyataan telah mengumumkan sistem kabel dasar laut sepanjang 12000 km yang menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Jika anda tertanya mana negara kita, ya, Malaysia tidak tersenarai dalam rangkaian tersebut. Menurut laporan, Malaysia terlepas dalam projek tersebut disebabkan pengecualian polisi kabotaj yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong pada tahun lalu.

Buat makluman, polisi tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga menyebabkan proses baik pulih kabel dasar laut yang rosak mengambil masa lebih lama. Bahkan, menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.

Bifrost dan Echo

Mengimbas kembali, Facebook dengan kerjasama Google ingin membangunkan sistem kabel dasar laut yang dijangka siap pada tahun 2024 dimana ia adalah untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini.

Dengan rangkaian internet negara kita boleh dikatakan agak menyedihkan, lebih memilukan apabila Malaysia terlepas peluang untuk terlibat bersama syarikat gergasi dunia Facebook dan Google.

Tambahan lagi, masalah politik negara yang juga bercelaru, mungkin kita hanya mampu menggigit jari apabila negara jiran seperti Indonesia akan menikmati jaringan lebih baik pada masa hadapan.

Sumber: The Vibes

Baca juga:

  • Facebook Membangunkan 2 Kabel Dasar Laut Baru Menghubungkan Singapura, Indonesia Dan Amerika Utara
  • Android 12 Bolehkan Kawalan Telefon Menggunakan Mimik Muka
  • Sekatan A.S Terhadap Huawei Menyebabkan Keuntungan Syarikat Itu Merudum

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY