Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZTE Tidak Berhasrat Guna HarmonyOS Untuk Telefon Mereka Tahun Ini

ZTE Tidak Berhasrat Guna HarmonyOS Untuk Telefon Mereka Tahun Ini

Diterbitkan Mac 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, HarmonyOS akan digunakan pada kebanyakan telefon Huawei pada tahun ini. Dikhabarkan juga, Huawei P50 adalah telefon pertama yang menggunakannya secara terus.

Selain itu, Huawei juga merancang untuk menawarkan sistem operasi ini kepada mana-mana jenama yang ingin menggunakannya seperti ZTE dan Nubia.

Namun, ZTE telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak berhasrat untuk memasukkan HarmonyOS ke dalam barisan telefon mereka pada tahun 2021.

ZTE Axon 20 – Telefon Pertama Dengan Kamera Bawah Paparan Rasmi Dilancarkan
ZTE Axon 20

Kami berpendapat tindakan ZTE itu adalah kerana mereka merasakan sistem operasi Android adalah baik untuk telefon pintarnya buat masa sekarang.

Dalam pada itu, Huawei menyasarkan lebih daripada 200 juta peranti yang akan menjalankan sistem operasi HarmonyOS pada tahun ini.

Malah, Huawei turut menegaskan bahawa HarmonyOS bukanlah sistem operasi tiruan daripada iOS mahupun Android walaupun laporan sebelum ini mengatakan ia hanyalah dijenamakan semula daripada Android.

Sumber: sina via gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY