Budak 6 Tahun Dari Ahmedabad Menjadi Pengaturcara Termuda Di Dunia

Seorang budak berusia 6 tahun dari bandar Ahmedabad, India mencipta rekod baharu dalam Guinness World Record dimana beliau menjadi pengaturcara komputer termuda di dunia apabila berjaya dalam peperiksaan bahasa pengaturcaraan Python.

Budak yang bernama Arham Om Talsania yang merupakan pelajar Kelas 2 baru-baru ini berjaya menyelesaikan peperiksaan pensijilan Microsoft di pusat ujian Pearson VUE.

https://twitter.com/ANI/status/1325921540681031681?s=20

Untuk makluman, bapanya sudah mengajar Talsania tentang pengaturcaraan komputer dari usia yang muda lagi.

Minatnya untuk komputer bermula sejak dia menggunakan tablet pertamanya pada usia 2 tahun. Ketika berusia 3 tahun pula, dia membeli gajet yang berasaskan iOS dan Windows.

Kemudian, dia mendapat tahu bapanya mengusahakan bahasa pengaturcaraan Python.

Kapsyen: Sumber: ANI


Semasa beliau dapat sijil dari Python, beliau mencipta permainan kecil-kecilan. Setelah beberapa lama, beliau menghantar bukti hasil kerjanya dan akhirnya Guinness World Record mengiktiraf serta memberinya sijil.

Tambahan lagi, bapanya juga seorang jurutera perisian dan mengatakan bahawa beliau hanya ajar anaknya perkara asas dalam pengaturcaraan. Setelah itu, minat yang menjadikannya seperti hari ini.

Menariknya, budak berusia 6 tahun ini juga bercita-cita ingin menjadi usahawan perniagaan untuk bantu mereka yang memerlukan di samping membangunkan aplikasi, permainan dan pengkodan baharu.

https://twitter.com/ANI/status/1325923915714101248?s=20

Sumber: ANI via