Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

Diterbitkan Januari 5, 2022 oleh Imran Aziz

Selepas beberapa tahun siri RTX 3000 dilancarkan, pihak NVIDIA melancarkan model baru untuk kad grafik mereka sempena CES 2022 ini, iaitu NVIDIA RTX 3050 dan RTX 3090 Ti. Kedua-dua kad grafik ini adalah untuk kegunaan dekstop dan RTX 3050 adalah kad grafik termurah NVIDIA yang menyokong untuk teknologi Ray Tracing.

Nvidia RTX 3050

NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

NVIDIA RTX 3050 adalah kad grafik bajet yang terbaik yang anda boleh dapatkan jika anda suka NVIDIA. Kad grafik ini adalah sebuah penaik tarafan yang besar dari NVIDIA GTX 1650 yang semakin tua yang dikeluarkan pada tahun 2019 lepas. NVIDIA RTX 3050 dibina berasakan seni bina NVIDIA Ampere dan datang dengan 8GB GDDR6 VRAM.

Menurut NVIDIA, RTX 3050 ini memang sangat sesuai untuk mana-mana gamers yang ingin memainkan permainan video yang menyokong Ray Tracing sehinga 60 FPS pada resolusi 1080p.

NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

Kepada anda semua yang ingin mendapatkan kad grafik ini, ia akan dilancarkan pada 27 januari ini.

NVIDIA RTX 3090 Ti

Selain dari bajet kad grafik bajet seperti RTX 3050, NVIDIA juga megumumkan RTX 3090 Ti. Kad grafik ini masih lagi menggunakan cip yang sama seperti NVIDIA RTX 3090 iaitu 8nm GA102. Kad grafik ini juga datang dengan 24GB GDDR6X sama seperti RTX 3090 juga, tetapi versi Ti ini mempunyai memory clock yang lebih tinggi.

NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

Menurut NVIDIA, RTX 3090 Ti ini mampu memberikan pretasi tambahan pada gaming dalam resolusi 4k dan beban kerja yang berat contohnya macam tugas AI.

Untuk selebihnya masih tiada lagi infomasi penuh mengenai NVIDIA RTX 3090 Ti ini dari segi prestasi dan perbandingan dengan model RTX 3090 biasa sebelum ini. Tapi berita baik, NVIDIA akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Nvidia RTX 3090 Ti ini pada hujung bulan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY