Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Mungkin Sekitar RM10K

RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Mungkin Sekitar RM10K

Diterbitkan Mac 30, 2022 oleh Firdaus

Nvidia telah melancarkan model terbaru dalam siri GeForce RTX 30 mereka dan paling berkuasa, iaitu RTX 3090 Ti. Seperti biasa, kad grafik jenis “Ti” ini semestinya menampilkan prestasi jauh lebih baik berbanding yang biasa.

RTX 3090 Ti mempunyai spesifikasi seperti teras CUDA 10,752, base clock pada 1.67 GHz dan kelajuan sehingga 1.80 GHz (boost clock). Selain itu, ia masih menggunakan konfigurasi memori yang sama dengan model terdahulu iaitu 24 GB GDDR6X dan 384-bit untuk luas memory interface.

Nvidia RTX 3090 Ti
Kredit: Nvidia

Tambahan lagi, RTX 3090 Ti juga masih menyokong ciri-ciri yang terdapat dalam model sebelumnya seperti Nvidia G-Sync, DLSS, Reflex, Broadcast dan ciri lain yang tersedia. Dan sudah semestinya, kad grafik ini mampu menapau mana-mana permainan video yang anda campak kepadanya.

Harga Jualan RTX 3090 Ti

Kad grafik RTX 3090 Ti telah dilancarkan pada tanda harga USD1,999 (~RM8414) untuk edisi founders di pasaran global. Oleh itu, anda boleh menjangkakan kedatangan kad grafik ini di pasaran Malaysia pada tanda harga sekitar RM10,000.

Dalam semakan kami, kad grafik MSI RTX 3090 Ti sudah boleh di pra-tempah pada harga RM9700.

Sumber: Nvidia 

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • 3 Jenama Besar Telah Turunkan Harga Kad Grafik Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY