Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g malaysia

Ericsson Jangka 4 Juta Pengguna Di Malaysia Langgan 5G Pada 2023

Diterbitkan Oktober 21, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, kira-kira empat juta pengguna di Malaysia dijangka melanggan perkhidmatan rangkaian selular jalur lebar generasi kelima (5G) pada 2023.

Menurut kajian Ericsson, kesediaan pengguna bagi penerimagunaan 5G di Malaysia adalah tinggi dengan 43% pengguna berhasrat untuk melanggan 5G pada 2023 dan 25% sudahpun memiliki peranti berkeupayaan 5G.

Berkaitan

  • MenKOMM Perjelas Kekeliruan Peratusan Capaian 5G
  • 6 Syarikat Telekomunikasi Sudah Tandatangan Perjanjian Penyediaan Akses 5G
  • unifi Tanya "Bersediakah Anda Untuk 5G?" Selepas 7 Bulan Ditunda

Dinyatakan, prospek aplikasi dan perkhidmatan inovatif baharu merupakan faktor utama dalam kadar penerimagunaan 5G. 87% daripada pengguna di Malaysia juga mengambil kira pengalaman 5G inovatif sebagai faktor penting dalam pelan jalur lebar mudah alih mereka.

Berikutan itu, penyedia perkhidmatan mudah alih juga perlu mencerminkan permintaan pengguna dalam penawaran 5G mereka dan berusaha untuk menambah baik kualiti dan kandungan.

Selain itu, antara trend utama yang digariskan dalam laporan itu adalah penerimagunaan 5G tidak terkesan dengan inflasi, di mana sekurang-kurangnya 510 juta pengguna di 37 pasaran dijangka melanggan 5G menjelang 2023.

Gambar utama: DNB

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY