Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ericsson, Intel Akan Kerjasama Untuk Percepatkan Pendigitalan Di Malaysia Dengan 5G

Ericsson, Intel Akan Kerjasama Untuk Percepatkan Pendigitalan Di Malaysia Dengan 5G

Diterbitkan Januari 19, 2023 · Dikemas kini Januari 19, 2023 oleh Amalina Athman

Ericsson dan Intel kini dilaporkan bersedia menjalinkan kerjasama di Malaysia dalam pembangunan penggunaan 5G yang boleh mempercepatkan penggunaan teknologi baharu untuk pendigitalan dan perusahaan di negara ini.

Memetik Bernama, Ericsson dan Intel membincangkan mengenai kerjasama selanjutnya antara kedua-dua syarikat itu di Malaysia untuk membina ekosistem 5G di negara ini dengan membangunkan kes penggunaan 5G yang akan memanfaatkan banyak sektor.

Berkaitan

  • Ericsson Jangka 4 Juta Pengguna Di Malaysia Langgan 5G Pada 2023
  • DNB Kongsi Beberapa Tanggapan Salah Terhadap Pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal 5G

CEO Ericsson, Börje Ekholm menyatakan melalui kerjasama ini, mereka akan menggunakan kelajuan, daya tahan, keselamatan dan low latency 5G untuk mempercepatkan transformasi Malaysia kepada ekonomi digital.

Tambahnya, tidak lama lagi Malaysia akan mencapai satu daripada pelancaran 5G terpantas di dunia, yang membolehkan semua pengguna menikmati faedah ekonomi digital lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Dalam pada itu, Ekholm juga menyatakan pelancaran rangkaian 5G Malaysia yang dipercepatkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dengan kerjasama Ericsson, direka untuk menyampaikan pengalaman bertaraf dunia kepada pengguna.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY