Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW CE 02

‘eParkourer’, EV Terbaru BMW Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan April 3, 2024 · Dikemas kini April 3, 2024 oleh ariff bukhari

BMW Motorrad Malaysia telah menyenaraikan model terbaru motorsikal EV baharu di di laman rasminya.

Tidak dikategorikan sebagai moped mahupun e-Skuter, BMW panggilnya sebagai ‘eParkourer’ CE 02. Ia merupakan model motorsikal EV kedua BMW selepas model CE 04, skuter elektrik yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun lepas.

BMW CE 02

Bakal hadir dalam pilihan warna Cosmic black dan Cosmic black 2, ia dilengkapi motor elektrik yang mampu memberikan kuasa maksimum 15 hp, memecut dari 0 ke 50 km/j hanya dalam masa 3 saat dan mencapai jarak perjalan sejauh 95km.

BMW CE 02
BMW CE 02

Masa pengecasan dari kapasiti bateri 20% kepada 80% pula memakan masa selama 100 minit.

Antara ciri-ciri utama CE 02 ini adalah dilengkapi peralatan premium seperti pilihan pakej Highline yang menawarkan mod tunggangan FLASH, lampu hadapan LED, gear undur dan lengan ayun tunggal (single-arm) serta skrin TFT 3.5 inci.

BMW CE 02
Saiz tayar hadapan dan belakang EV ini adalah sama, 120/80-16.

BMW CE 02 ini pada awalnya diperkenalkan sebagai sebuah EV konsep bagi menunjukkan reka bentuk kontemporari dalam persekitaran bandar.

Belum didedahkan lagi harga jualannya untuk pasaran Malaysia, tapi semakan di laman BMW Motorrad luar negara memaparkan  model asas CE 02 ini dijual dengan harga bermula dari $8,474 (~RM36,110).

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: BMW Motorrad Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY